• Document: KERTAS KONSEP. Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
  • Size: 994.32 KB
  • Uploaded: 2019-02-13 00:08:28
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai KERTAS KONSEP PROGRAM BIMBINGAN KEPIMPINAN (LEADERSHIP COACHING & MENTORING) PEGAWAI RAKAN PENINGKATAN SEKOLAH (SIPartner+) TAHUN 2016 Telah dibentangkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Pada SELASA, 29 DISEMBER 2015 Persiaran Indahpura 4, 81000 Kulai,Johor Disediakan oleh: Tel: 076605525 EN. AZMAN BIN SAFII & EN. MISRI BIN THARIANO Faks: 076632782 Pegawai SIPartner+ Pejabat Pendidikan Kulai Email: info[@]ppdkulai.com 1.0 PENDAHULUAN Menerusi PPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Bagi tujuan ini, KPM telah menempatkan pembimbing guru Mata Pelajaran iaitu Pembimbing Khusus Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Pembimbing Pengetua iaitu Rakan Peningkatan Sekolah (School Improvement Partners + atau SIPartners+) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Pegawai SIPartner+ merupakan jawatan hakiki di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), yang diwujudkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi menjayakan Program Transformasi Daerah(DTP). Pegawai SIPartner+ berperanan sebagai pembimbing kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah. 2.0 MATLAMAT 2.1 Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dari aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21. 2.2 Memberi bimbingan secara berfokus kepada sekolah-sekolah yang berada dalam Band Rendah (4,5,6 dan 7) 2.2 Mengenal pasti sekolah-sekolah dalam daerah Kulai yang perlu diberi fokus atau keutamaan berasaskan kepada strategi yang bersesuaian sama ada bagi tujuan pemantapan atau peningkatan ke band yang lebih tinggi. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan kompetensi Pengetua dan Guru Besar serta pencapaian sekolah berlandaskan iltizam dan keinginan untuk meningatkan prestasi pencapaian sekolah. 3.2 Menyediakan konsep asas yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada Pegawai SIPartner+ untuk menjalankan tanggungjawab bimbingan, Coaching dan Mentoring kepimpinan kepada Pengetua dan Guru Besar. 1 3.3 Mengenal pasti strategi yang bersesuaian untuk digunakan bagi tujuan memantapkan pencapaian sekolah-sekolah dalam daerah Kulai dari aspek skor PKS SKPM dan Skor Komposit SKPM. 3.4 Membangunkan profesionalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja supaya memenuhi standard kepimpinan Pendidikan Abad Ke-21. 3.5 Membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah supaya mencapai Standard Kompetensi Kepengtuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). 3.6 Membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam aspek kemenjadian murid. 3.7 Meningkatkan hubungan bersama rakan strategik ke arah peningkatan dalam kualiti pengurusan sekolah serta mewujudkan iklim perkongsian pintar dalam membangunkan organisasi sekolah. 4.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT 4.1 Tarikh : Januari – Disember 2016 4.2 Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang (mengikut kesesuaian waktu Pengetua dan Guru Besar/ 4 hari seminggu) 4.3 Tempat : Sekolah / PPD Kulai 5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 5.1 Peranan Pegawai SIPartner+ 5.1.1 Mengadakan lawatan bimbingan Pengetua dan Guru Besar di sekolah untuk pemerhatian dan bimbingan terhadap pengurusan sekolah agar mencapai tahap kompetensi kepimpinan yang berkualiti. 5.1.2 Membimbing Pengetua dan Guru Besar melaksanakan program yang

Recently converted files (publicly available):