• Document: PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN ALAM MELAYU SEPTEMBER 2016 ROYAL ASIATIC SOCIETY, LONDON
  • Size: 3.53 MB
  • Uploaded: 2019-02-13 09:04:38
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN ALAM MELAYU 2016 19 – 20 SEPTEMBER 2016 ROYAL ASIATIC SOCIETY, LONDON Anjuran Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA, UKM Dewan Bahasa dan Pustaka Department of South East Asia, SOAS University of London 1 SEJARAH, BUDAYA & WARISAN Kandungan 1. Mohd Yuszaidy Mohd Yusof. (m/s 3-25) Pemuliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara di Malaysia. Intangible Cultural Heritage Conservation in Malaysia. 2. Hajah Maria Binti Tahir. (m/s 26-51) Unsur Wayang dalam Hikayat Pandawa Lebur Mss 737. Wayang Element in Hikayat Pandawa Lebur Mss 73. 3. Zulkifli Abdullah , Hamdan Aziz, Yusri A. Ghani. (m/s 52-74) The Legacy of Sultan Zainal Abidin III, Ruler of Terengganu (1881-1918). 4. Zalina Abdul Aziz. (m/s 75-95) Nafas Baru Buat Cerita Rakyat Berbentuk Lisan: Inovasi Masa Kini. 5. Rozita Binti Che Rodi. (m/s 96-124) Tradisi Maritim Melayu yang Hampir Lenyap. The Disappearing Malay Maritime Tradition. 6. Azlina Musa. (m/s 125-137) Keris Pengubatan dalam Seni Persembahan Tradisional Melayu. 7. Ros Aiza Mohd Mokhtar. (m/s 138-153) Amalan Tradisi sebagai Tunjang Ketamadunan Manusia: Kajian terhadap Petua Berburu Masyarakat Kedayan. Traditional Practices as a Root for Human Civilization: A Study on the Hunting Tips Of The Kedayan Community. 8. Hamdan Aziz, Zulkifli Abdullah, Yusri Abdul Ghani, Siti Fatimah Mohd Noor. (m/s 154-166) Kearifan Tempatan (Local Genius) Penduduk Melayu Terengganu dalam Persekitaran Maritim Laut China Selatan. 2 PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA TIDAK KETARA DI MALAYSIA INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE CONSERVATION IN MALAYSIA MOHD YUSZAIDY MOHD YUSOF, (Ph.D) Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Mel-e: yuszaidy@ukm.edu.my, 0124449697 ABSTRAK Kajian ini membincang mengenai warisan budaya tidak ketara di Malaysia yang perlu dipulihara dan dilindungi menerusi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Warisan budaya tidak ketara yang pelbagai dimiliki oleh etnik-etnik di Malaysia seperti nyanyian lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian dan seni persembahan telah menghasilkan warisan budaya menjadi produk pelancongan. Perubahan masa dan kurang memberi perhatian telah menyebabkan warisan budaya tidak ketara mengalami kehilangan dan kepupusan. Akta Warisan Kebudayaan 2005 (Akta 645) dan agensi kerajaan dirujuk untuk melihat aspek pemuliharaan terhadap warisan budaya tidak ketara. Warisan budaya tidak ketara di Malaysia masih kurang diberikan perhatian sewajarnya berbanding dengan warisan ketara. Objektif kajian untuk mengenal pasti Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dapat memberi pemuliharaan yang sewajarnya terhadap warisan budaya tidak ketara. Metedologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu pendekatan etnografi. Pendekatan etnografi menggunakan kajian lapangan yang terdiri daripada teknik pemerhatian dan temu bual untuk mengutip maklumat mengenai penyelidikan ini. Teknik pemerhatian digunakan untuk melihat agensi kerajaan melaksana dan penguatkuasaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Teknik temu bual secara berfokus merujuk kepada temu bual terhadap pihak berkuasa dalam melaksana penguatkuasaan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Data-data yang dikumpul dan dikutip perlu menjalani proses menyaringan dengan menggunakan teknik analisis kandungan dan teknik wacana untuk memperolehi data-data yang benar-benar diperlukan. Hasil dapatan menunjukan keperluan warisan budaya tidak ketara untuk diberikan pemuliharaan amat jelas dengan terdapatnya beberapa peruntukan seksyen dan subsekyen yang memperuntukkannya. Oleh itu, hasil kajian mendapati Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan agensi penguatkuasa warisan memberi pemuliharaan sewajarnya dari segi pelindungan supaya tidak mengalami kepupusan dan musnah akibat pembangunan fizikal, manusia dan cuaca supaya dapat dinikmati generasi seterusnya. Justeru, kajian ini dapat memberi impak kepada warisan budaya tidak ketara diberi perlindungan dan menjadi produk budaya dan pelancongan. Kata kunci: Pemuliharaan, warisan, budaya tidak ketara, Akta Warisan Kebudayaan 2005 (Akta 645), perlindungan, Produk Budaya dan Pelancongan 3 ABSTRACT This study discusses the intangible cultural heritage in Malaysia that should be conserved and protected by the National Heritage Act 2005 (Act 645). Intangible cultural heritage that belongs to the various ethnic groups in Malaysia such as singing folk songs, the oral tradition, poetry, music, da

Recently converted files (publicly available):