• Document: PENT NG. Menarik di Dalam: Apa itu Ammonia? Kitar Semula Air Sisa. Berhati-Hati Dengan Air yang Anda Minum. Ancaman Penyakit Bawaan Air
  • Size: 1.72 MB
  • Uploaded: 2019-01-12 10:33:21
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

PENT NG M a j a l a h T e n ta n g A i r & K u m b a h a n Edisi Jan-Feb 2017 Menarik di Dalam: Apa itu Ammonia? ms 4 Kitar Semula Air Sisa ms 6 Berhati-Hati Dengan Air yang Anda Minum ms 7 ‘Anyone who can solve the water problems will be worthy of two Nobel prizes: Peace and Science’ - John F. Kennedy - Ancaman Penyakit Bawaan Air ms 8 Terbitan oleh: Dengan kerjasama: Dengan sokongan: Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia Majalah “Penting” M alaysia mempunyai penduduk seramai 31,246,785 penduduk (pada tarikh 16/2/2016 – 9 pagi). Hampir keseluruhan penduduk Malaysia mempunyai akses kepada sumber air bersih. Selain itu, 96 peratus daripada penduduk di Malaysia mendapat akses kepada kemudahan sanitasi yang baik. Begitu juga, kebanyakan rakyat Malaysia tidak lagi mengamalkan peninjaan secara terbuka. Hampir semua kediaman di rumah mempunyai tandas dan sistem pembetungan yang teratur. Walau bagaimanapun, kesedaran orang ramai tentang kepentingan perkhidmatan pembetungan yang lebih efektif dan sistematik masih berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan penduduk tidak sedar bahawa sistem pembetungan yang baik dapat membantu memelihara sumber air dan kesihatan awam. Kesedaran orang awam tentang kepentingan menjimatkan air juga tidak memberangsangkan. Maka dengan itu, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerbitkan majalah “PENTING”. Majalah “PENTING” ini diterbitkan supaya dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai konsep sanitasi / kumbahan dan pemeliharaan air. Penerbitan majalah “PENTING” juga untuk menggalakkan langkah-langkah penjimatan air dalam kalangan penduduk bandar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman tentang implikasi daripada kegagalan mengosongkan tangki septik individu dan pemahaman tentang mencapai khidmat pembetungan yang efisien. Majalah ini juga memperkenalkan Amalan Terbaik Antarabangsa tentang pengurusan air dan pembetungan serta standard- standard yang berkaitan dengan pengurusan air dan pembetungan. Air, kebersihan dan pembetungan merupakan elemen yang berkait rapat dengan rutin harian setiap individu. Kesedaran mengenai kepentingan penjimatan air, penjagaan kebersihan dan pengurusan kumbahan yang teratur adalah sangat perlu dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Kandungan AIR 04 Apa itu Ammonia? 06 Kitar Semula Air Sisa 07 Berhati-hati Dengan Air Yang Anda Minum PEMBETUNGAN 08 Ancaman Penyakit Bawaan Air 10 Air Kumbahan Menjejaskan Eko-sistem Sidang Redaksi Penasihat Editor Cetakan Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason Persatuan Pengguna Air dan Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia Tenaga Malaysia (WECAM) Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd No. 4,

Recently converted files (publicly available):